Adakah fungsi Stake Luno patuh Syariah?

  • Terkemas kini

Fungsi Stake Luno bagi Ethereum (ETH), Solana (SOL), Cardano (ADA), Cosmos (ATOM), Avalanche (AVAX), Polkadot (DOT) dan Near Protocol (NEAR) kini disahkan patuh Syariah.

Perkhidmatan fungsi Stake berikut telah disemak dan diiktiraf secara bebas oleh penasihat Syariah yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia ("SC"). Fungsi Stake Ethereum telah disahkan patuh Syariah oleh Amanie Advisors, manakala Solana, Cardano, Cosmos, Avalanche, Polkadot dan Near Protocol telah disahkan oleh Sharlife Sdn. Bhd.

Sijil patuh Syariah

Ethereum (ETH)

Perkhidmatan fungsi Stake Ethereum Luno telah disahkan patuh Syariah oleh Amanie Advisors (“Amanie”), sebuah penasihat Syariah berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (“SC”).

Shariah Compliance Certificate

Solana (SOL)

Perkhidmatan fungsi Stake Solana telah disahkan patuh Syariah oleh Sharlife Sdn. Bhd. (“Sharlife”), sebuah penasihat Syariah berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (“SC”).

Shariah Complaince Certificate for Solana

Cardano (ADA)

Perkhidmatan fungsi Stake Cardano telah disahkan patuh Syariah oleh Sharlife Sdn. Bhd. (“Sharlife”), sebuah penasihat Syariah berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (“SC”).

Shariah Complaince Certificate for Cardano

Cosmos (ATOM)

Perkhidmatan fungsi Stake Cosmos telah disahkan patuh Syariah oleh Sharlife Sdn. Bhd. (“Sharlife”), sebuah penasihat Syariah berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (“SC”).

Screenshot 2026-10-06 at 11.27.26.png

Avalanche (AVAX)

Perkhidmatan fungsi Stake Avalanche telah disahkan patuh Syariah oleh Sharlife Sdn. Bhd. (“Sharlife”), sebuah penasihat Syariah berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (“SC”).

Screenshot 2026-10-06 at 11.29.21.png

Polkadot (DOT)

Perkhidmatan fungsi Stake Polkadot telah disahkan patuh Syariah oleh Sharlife Sdn. Bhd. (“Sharlife”), sebuah penasihat Syariah berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (“SC”).

Screenshot 2026-10-06 at 11.31.14.png

Near Protocol (NEAR)

Perkhidmatan fungsi Stake Near Protocol telah disahkan patuh Syariah oleh Sharlife Sdn. Bhd. (“Sharlife”), sebuah penasihat Syariah berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (“SC”).

Screenshot 2026-10-06 at 11.32.25.png

Bagaimana fungsi Stake Luno berfungsi?

Pelanggan yang mempunyai ADA, ETH, SOL, ATOM, AVAX, DOT, atau NEAR dengan Luno Malaysia dan memilih untuk menggunakan perkhidmatan fungsi Stake Luno akan melantik Luno Malaysia sebagai agen. Agen berperanan sebagai wakil untuk berurusan dengan Penjaga dan Penyedia Perkhidmatan Fungsi Stake dalam menguruskan dan menggunapakai aset-aset Stake pelanggan bagi aktiviti-aktiviti Stake. Sebagai pulangan, pelanggan berpotensi untuk menerima ganjaran.

Apakah kontrak-kontrak Syariah yang digunapakai?

Struktur perkhidmatan fungsi Stake Luno Malaysia adalah berdasarkan prinsip Syariah berikut:

Ju‘ālah (ganjaran dari perkhidmatan)

Kontrak Ju‘ālah ialah satu pihak menawarkan ganjaran atau komisyen bagi setiap tugasan atau perkhidmatan yang dapat diselesaikan. Dalam kewangan Islam, prinsip ini digunakan untuk merangka ganjaran berdasarkan prestasi dengan telus dan adil bagi kedua-dua pihak yang terlibat.

Wakālah bi al-Istithmār (agensi pelaburan)

Wakālah bi al-Istithmār bermaksud “agensi pelaburan.”. Pelabur melantik pihak lain (seperti institusi kewangan) sebagai agen untuk melabur dana bagi pihak mereka. Agen yang terlibat akan menguruskan pelaburan-pelaburan berdasarkan syarat-syarat dan berpandukan etika yang diersetujui serta agen akan menerima yuran pengurusan tetap. Sebarang keuntungan yang dijana dari pelaburan adalah milik pelabur, selepas yuran agen ditolak.

Muḍārabah (kerjasama perkongsian keuntungan)

Muḍārabah ialah kerjasama antara dua pihak. Pihak pertama menyediakan modal dan pihak kedua akan menyediakan kepakaran atau pengurusan. Keuntungan akan dikongsi antara dua pihak berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui sebelumnya, dan sebarang kerugian akan ditanggung oleh pelabur selagi mana pengurus telah bertindak secara bertanggungjawab dan tiada berlakunya pengabaian. Model ini menggalakkan perkongsian risiko dan kedua-dua pihak akan berkerjasama untuk pelaburan yang produktif dan beretika.

Kongsi artikel ini

Adakah artikel ini membantu?

Bagaimana untuk menambah baik artikel ini?